Khamis, 10 Februari 2011

untuk pertama kali......

buat pertama kali nyah menulis didalam blog ini,itupun kena paksa dgn anak2.Sampai bila nak baca blog orang  je, sesekali biarlah mereka baca blok kita pulak kate mereka.Betoi juga,rasanya banyak betul blog pertanian dan  blog ayam kg yg dilayari, macam2 info yang boleh dipelajari .kadang2   terhibur rasa hati bila membaca blog2 anda semua petani dan pentenak ayam kg. Mudah2an anda semua boleh menjadi rakan2 yang boleh membantu kami mejaya misi dan visi kami dalam bidang pertanian dan ternakan ayam kg.Nak buktikan bidang pertanian 
adalah satu perniagaan yang menguntungkan.......boleh  hidup senang .Senang kira, cuba tanam cili padi   100 pokok , berapa agak nye pendapatan anda sehari  jika harga cili sekilo rm10 (ade kala mencecah sehingga 
rm18) harga cilipadi agak stabil  dari cili besar .pokek anda  pun tidak akan kering macam orang makan gaji.....kalau nakbonus kena usaha lebih lagi....itu adalah antara pengalaman kami bila mula2 kami buat pertanian sepenuh masa. bagi anak2 muda , jgn buang masa anda di simpang2 jalan , bus2  
stop , mulakan langkah anda dalam bidang pertanian kerana ianya tak memerlukan sijil dan modal yang besar atau tanah yang luas.ambil saje benih2 cili api kat tepi 2sungai/lereng2 bukit  yg banyak                                                               
tumbuh liar , semai  dan tanam je dalam polybag kat belakang rumah ,guna jer baja tahi  ayam pasti gemok cili anda. Kena usaha le......itulah indah nye duduk di kampomg ,nakbuat ape jer tak payah 
mintak permit.......wassalamm...=)